Category Archives: Obscura

Gelap Mata – Rosli Ibrahim

11995743_911648708914251_6453402019678255620_n

Gelap Mata – Rosli Ibrahim (Obscura, September 2015).

ISBN: 978-967-11187-4-0.

110 mukasurat. Harga: RM20. Untuk pembelian/pengedaran, hubungi 013-4285070.

Menghimpunkan catatan ringkas dari permenungan dari sisi yang berbeza menyangkut perihal OKU di Malaysia. Rosli Ibrahim, seorang OKU penglihatan, menulis dengan jelas dan tegas; tulisan yang berasal dari catatan di Facebook dikembangkan menjadi lebih kukuh dan menarik untuk dibukukan. Hasilnya, Gelap Mata membuka sisi-sisi baru dan menghapus mitos tentang OKU yang pernah kita tahu. OKU terbela nasibnya di Malaysia? Baca dulu buku ini.

Aku Ingin Jadi Peluru – Wiji Thukul

IMG_1472

Aku Ingin Jadi Peluru – Wiji Thukul

ISBN: 978-9671-307-70-0

Penerbitan bersama Kedai Hitam Putih, Kota Bharu, Kelantan. Terbitan dengan izin daripada keluarga Wiji Thukul untuk edisi Malaysia.

Turut terkandung:  Esei iringan oleh Munir, wawancara bersama Wiji Thukul ‘Seniman Harus Memperjuangkan Gagasannya’ dan pengantar Edisi Malaysia oleh Hafiz Hamzah.

200 mukasurat. RM25. Untuk pembelian, hubungi 013-4285070.

Dialog Dengan Sasterawan – Kassim Ahmad

IMG_0225

Dialog Dengan Sasterawan – Kassim Ahmad.

ISBN: 978-967-11187-2-6

Edisi kedua buku dari judul yang sama, pertama kali terbit pada 1977. Diterbitkan oleh Obscura Malaysia dengan izin pengarangnya, buku ini menghimpunkan 22 buah esei kritikan sastera yang ditulisnya dalam rentang waktu 1950an hingga 1970an; tempoh waktu sebelum beliau ditahan di bawah Akta ISA.

180 mukasurat. Hubungi 013-4285070.

RM25. Cara pembelian?